Sertai BN: Baru Bian tolak pelawaan Adenan



KUCHING: “Saya meng-ucapkan terima kasih tetapi dengan penuh hormat, adalah mustahil bagi saya untuk mempertimbangkan kemungkinan terutama daripada kerajaan negeri yang tidak komited untuk menyelesaikan banyak isu asas yang menjadi perhatian saya dan rakyat Sarawak amnya.
Itu jawapan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak yang juga ADUN Ba’Kelalan Baru Bian berhubung pelawaan Ketua Menteri Datuk Pa-tinggi Tan Sri Adenan Satem kepadanya baru-baru ini supaya menyertai kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut Baru, kerajaan negeri sehingga kini enggan menerima keputusan mahkamah terhadap ‘Pulau Galau’ dan ‘Pemakai Menua’ sebagai tanah NCR walaupun beliau cuba membawa usul dan rang undang-undang persendirian di Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk meminda Kanun Tanah bagi memasuk-kan syarat-syarat tersebut ke dalam Kanun Tanah di Sarawak.

“Tindakan tidak hormat yang terang-terangan dan berterusan oleh kerajaan negeri terhadap keputusan mahkamah mengenai isu ini menunjukkan kepada saya bahawa kerajaan negeri hanya bercakap kosong untuk melindungi dan mengiktiraf hak rakyat dan bukannya mengambil langkah tegas untuk benar-benar membawa perubahan ke dalam kehidupan rakyat yang bergantung kepada tanah mereka untuk terus hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PKR Sarawak di sini, semalam.

Selain itu, Baru berkata dasar kerajaan negeri sekarang telah menafikan hak rakyat ke atas tanah NCR dengan membina empangan mega, pemberian pajakan sementara (PL) kepada syarikat-syarikat besar dan mewujudkan hutan dilin-dungi atau taman negara dalam kawasan tanah NCR yang luas dengan alasan untuk tujuan awam atau mungkin bagi perlindungan alam sekitar yang tidak boleh diterima.

“Amalan terkini adalah di kawasan saya sendiri di mana kawasan seluas 120,855 hektar (hampir 300,000 ekar) telah dicadang untuk diwujudkan sebagai ‘Hutan Dilindungi Ulu Trusan’ bagi memadam semua NCR ke atas tanah yang terlibat.

‘Amalan pentadbiran sebelumnya dalam penghapusan NCR orang pribumi yang juga sedang diusahakan oleh pentadbiran sekarang ini, banyak yang 
mengecewakan saya dan saya perlu mempersoalkan motif ini,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa kemajuan untuk masyarakat Lun Bawang dan secara umum kepada rakyat Sarawak adalah tidak bergantung kepada seorang sahaja dan tidak boleh tertakluk kepadanya untuk menyertai BN.

“Ini hanya satu persoalan politik… ia adalah tanggungjawab kerajaan hari ini untuk menyediakan dan memudahkan pembangunan untuk semua rakyat Sarawak tanpa mengira kecenderungan politik mereka.

“Ini adalah prinsip-prinsip asas demokrasi, pemahaman yang terus tidak dapat difahami oleh ahli-ahli politik BN dan pemimpin sehingga ke hari ini,” kata-nya.

Lebih menarik, Baru berkata soalan telah ditanya sama ada Adenan, secara tersirat mengakui hakikat bahawa BN dan wakil rakyat mereka sejak 52 tahun lalu telah gagal untuk membawa kemajuan kepada masyarakat Lun Bawang.

“Sebelum saya memenangi pilihan raya pada 2011, Ba’Kelalan/Lawas telah diwakili oleh wakil rakyat BN dan hari ini juga, ia masih diwakili Ahli Parlimen Lun Bawang daripada BN tetapi apakah kemajuan dan pembangunan yang dilakukan dan dibawa oleh wakil rakyat BN ke kawasan saya?

“Ia bagaimanapun agak memuaskan saya bahawa Ketua Menteri telah menun-jukkan kebimbangannya terhadap kepentingan dan kesejahteraan masyarakat Lun Bawang,” katanya.

Namun, Baru berkata walaupun menolak jemputan Adenan tersebut, beliau juga menyedari berhubung sumpah jawatannya untuk mempertahankan dan melindungi hak-hak semua rakyat Malaysia dan Sarawak di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Negeri.

Oleh itu, beliau berkata bersedia untuk bekerjasama dengan Adenan dalam setiap aspek untuk kebaikan rakyat Sarawak.-Borneo Post

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget