Aziz Isa: DBKU dan PDRM 'bunuh Melayu'


'Melayu Bunuh Melayu'. Hakikat sebenar di bawah BN...


Baru-baru ini banyak kes rampasan barangan tiruan dibuat oleh pihak berkuasa. Majoriti peniaga tersebut adalah dari kalangan bangsa Melayu. 

Inilah kesan cukai rakus GST terhadap peniaga Melayu. 

"Cuba bagitahu saya, berapa ramai peniaga Melayu mampu mengimport barangan original? Mereka mencari rezeki bukan menjual senjata haram dan dadah", kata Abdul Aziz Isa, pembantu khas Pengerusi DAP Sarawak. 

Tambah beliau, hakikatnya, peniaga Melayu sering tertindas. Pihak berkuasa hanya berani buat begini kepada peniaga Melayu kerana mereka tahu orang Melayu tidak akan melawan dan bersuara.


Terbaru, penjaja Melayu yang menjual makanan di India Street, Kuching dihalau oleh pihak berkuasa Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) atas alasan tiada lesen. 

"Kenapa pihak DBKU tidak melaksanakan Street Hawkers License By-Law untuk memudahkan permohonan lesen?" 

"Kalau saya jadi Datuk Bandar, saya akan laksanakan By-Law ini agar orang Melayu kita dapat mencari rezeki". Menurut Aziz, melayu yang menjual makanan tanpa lesen ditangkap tetapi premis judi haram beroperasi tanpa lesen tidak ditangkap kerana tiada laporan dari pihak awam. 

"Ibarat 'saya beri kamu dadah depan polis tetapi disebabkan tiada laporan, polis itu tidak dapat tangkap kamu dan saya meskipun polis tersebut adalah saksi'."

Melayu bunuh Melayu. Inilah hakikat kata-kata yang keluar dari mulut orang Melayu sendiri apabila mereka lepak di kedai kopi. Mereka menyedarinya tetapi mereka tidak berani menentang.

Aziz juga menyeru agar rakyat bangkit menentang kerajaan Melayu BN yang zalim!

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget