Gempa Sabah: 100 gempa susulan

Kota Kinabalu: Sebanyak 100 gempa bumi susulan dilaporkan berlaku di Sabah sejak 5 Jun lalu sehingga 6 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Sabah, Abd Malik Tusin berkata, jumlah itu termasuk tiga gempa bumi susulan yang berlaku pagi tadi namun dikategorikan sebagai lemah.

"Ketiga gempa bumi susulan berlaku pada 4.01, 4.25 dan 6.09 pagi masing-masing berukuran 25, 24 dan 25 skala Richter.

"Pertama dilaporkan berlaku 16 kilometer (km) dari barat laut Ranau, kedua lima km dari barat laut dan ketiga 17 km dari Utara Ranau," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Menurutnya, daripada tiga gegaran ini, hanya dua sahaja yang dapat dirasai iaitu di sekitar Ranau dan setakat ini tiada sebarang kerosakan dilaporkan.

Gempa bumi terkuat berukuran 5.9 skala Ricther dilaporkan berlaku jam 7.15 pagi, pada 5 Jun lalu sehingga runtuhan batu berlaku di puncak Gunung Kinabalu.

Gegaran itu turut dirasai dibeberapa daerah lain dan mengorbankan 18 nyawa pandaki dan malim gunung. - Hmetro
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget