Turun padang tinjau kehidupan fakir miskin


Fadillah menyertai Program Singgah Sahur ke beberapa rumah asnaf fakir dan miskin di Kuching

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai Program Singgah Sahur ke beberapa rumah asnaf fakir dan miskin di sini, malam kelmarin.

Pada jam 10 malam, rombongan berkumpul di Lot 10, Jalan Datuk Ajibah Abol bersebelahan Masjid Bahagian Kuching sebelum bertolak ke Kampung Kudei, Gita Laut, Tupong Jaya, Astana Lot dan Samariang.

Seperti sebelumnya, Singgah Sahur mengekalkan konsep mendekati kumpulan atau individu terpilih untuk menyampaikan sumbangan diikuti mengerjakan ibadah sunah dengan menjamah hidangan sahur bersama mereka.

Fadillah menyertai penduduk bergerak ke rumah asnaf semasa Program Singgah Sahur.

Semasa program tersebut, kegembiraan jelas dilihat melalui reaksi wajah golongan asnaf ketika rombongan tiba dengan membawa juadah sahur dan beberapa sumbangan lain.

Terdahulu pada sebelah paginya, Fadillah bergotong-royong menyediakan 300 bungkusan bubur pedas pada Program Bubur Pedas Wanita Hari Ini di Surau Darul Falah, Samariang Jaya, Fasa 3.

Manakala sebelah petangnya pula beliau menghadiri Majlis Makan Malam Sinar Ramadan bersama 1,000 Anak Yatim bersama Persatuan Pengimport dan Pengedar Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Sarawak di Dewan Harakah Islamiah (Hikmah) Petra Jaya.

Turut serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Menurut Fadillah, program tersebut dapat melihat keadaaan sebenar asnaf dan mempertingkatkan bantuan dalam menyantuni golongan itu dengan melihat keperluan asas mereka.

“Inilah budaya kita… selain meraikan dan menyemarakkan semangat tolong-menolong, ia juga dapat mengimarahkan Ramadan apabila yang kaya membantu yang miskin dengan memberi sumbangan,” katanya.

Melalui program sebegitu tambahnya, masyarakat bergaul mesra dan bekerjasama dalam apa jua perkara yang dapat membawa kebaikan bersama dan paling penting menyemarakkan dan mengimarahkan bulan Ramadan.
Bagi Hasan Ali, orang kurang upaya (OKU), program tersebut sungguh bermakna buatnya dan keluarga.

Sehubungan itu, beliau bersama lapan anaknya mengucapkan terima kasih atas kunjungan tersebut.-Borneo Post

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget