Chong sifatkan kenyataan Abdullah ‘suatu yang paling lawak’ tahun ini


KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen menyifatkan kenyataan Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol mengenai proposal transaksi jual beli tanah di Batu Kawa dekat sini tidak telus, sebagai ‘suatu yang paling lawak’ tahun ini.

Chong juga berkata kenya-taan bersama Abdullah dan Phang Dah Nan (setiuasaha politik Ketua Menteri) semalam turut menunjukkan kedua-duanya tidak memahami sepenuhnya proposal berkenaan.

“Kenyataan bersama Abdullah dan Phang hari ini (semalam) mendakwa kertas kerja mengenai penjualan RM620 juta (tanah di Batu Kawa) adalah jenaka pa-ling lawak tahun ini dan mereka benar-benar tidak memahaminya,” ujar Chong dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Chong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa dalam kenyataan akhbarnya itu turut berkata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem seharusnya membuat pendirian tegas ketika mencabarnya mencari pembeli baharu yang boleh membayar RM550 juta tunai kepada kerajaan negeri.

“Adenan seharusnya tidak berselindung di sebalik dua setiausaha politiknya itu (Abdullah dan Phang).

“Pada 29 April 2015, Adenan mencabar saya dalam DUN agar mencari pembeli yang sanggup membayar RM550 juta untuk tanah seluas 267.15 ekar berstatus Tanah Negeri terletak bertentangan dengan Pusat Komersial MJC,” katanya.

Menurutnya, Adenan me-ngemukakan cabaran itu sedangkan tanah berkenaan telah dijual kepada Standard Parade Development Sdn Bhd (SPD) dengan harga hanya RM115 juta.

“Adenan memberitahu beliau akan membatalkan penjualan tanah itu kepada SPD jika saya boleh mendapatkan pembeli yang sanggup membayar RM550 juta.

“Sekarang sudah ada pembeli yang sanggup menawarkan harga RM620 juta, Adenan seharusnya berasa gembira jika beliau memang ikhlas mahu melakukan yang terbaik untuk kerajaan,” ujar Chong.

Katanya jika Adenan me-milih meneruskan penjualan tanah berkenaan kepada SPD pada harga RM115 juta, maka ia adalah halangan besar kepada kredibilitinya membanteras rasuah dan kronisme.

“Oleh itu adalah amat pen-ting untuk Adenan memberi maklum balas segera sama ada beliau akan mempertimbangkan kertas kerja yang di-kemukakan DAP kepadanya semalam (Isnin).


“Bukannya menyerahkan kepada segelintir ‘pelawak’ (membuat kenyataan) yang hanya akan membuat kerajaan negeri kelihatan bodoh dalam situasi ini,” katanya sambil menambah beliau bakal menerima dua lagi proposal daripada dua pembeli berasingan dalam waktu terdekat ini.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget