Umat Islam Sarawak wajib dilindungi



Pada awal bulan Jun tahun ini merupakan hari perayaan Gawai bagi masyarakat Dayak di Sarawak dan disambut dengan kenaikan harga minyak sebanyak 10 sen. Kedua-dua RON95 dan diesel naik pada RM2.05 per liter manakala RON97 naik pada RM2.35 per liter.
Sudah tentu sedikit sebanyak pasti memberi impak kepada masyarakat Dayak yang pulang bercuti ke kampung dan rumah panjang mereka dengan kenaikan kos harga bahan api pada tambang pengangkutan.
Walaupun pihak kerajaan memberi amaran supaya jangan ada pihak peniaga menaikan harga barang tapi disebabkan kos pengangkutan naik mereka terpaksa juga menaikkan harga tambang untuk menampung kos harga bahan api yang naik.
Bila kos tambang pengangkutan naik, pasti para peniaga juga akan menaikan harga barang jualan mereka disamping GST yang akhirnya pengguna juga yang akan menangung beban keatas kenaikan harga minyak ini.
Sabah dan Sarawak selain Terengganu adalah penyumbang terbesar minyak negara dan sudah tentu pertimbangan untuk menaikkan royalti bagi memberi banyak kebaikan kepada rakyat Sabah dan Sarawak perlu diberi keutamaan.
Sekiranya sukar bagi pihak kerajaan persekutuan memberi 20 peratus royalti kepada Sabah dan Sarawak ianya boleh memberi keistimewaan dengan menetapkan harga minyak di Sabah dan Sarawak selaras dengan harga minyak di Brunei. Ini boleh diibaratkan sebagai ganti royalti yang masih sukar diperolehi.
Harga gasolin atau minyak di Brunei dalam bulan Mei 2015 seliter RM1.41, kalau di banding dengan harga RON97 di Malaysia sudah tentu jauh beza iaitu pada RM2.25 seliter pada bulan Mei yang lalu. Kita buat perbandingan dengan negara Brunei Darussalam sebab ianya negara jiran terdekat bagi Sabah dan Sarawak maka sepatutnya rakyat Sabah dan Sarawak pun menikmati harga petrol yang sama dengan Brunei.
Penduduk Sabah dan Sarawak sepatutnya diberi pengecualian dari kenaikan harga minyak setiap bulan kerana ianya penyumbang terbesar kepada pendapatan negara dari hasil petroleum.
Kenaikan harga minyak setiap bulan sudah pasti menyebabkan rakyat di negara ini terbeban dengan kos kehidupan yang semakin meningkat lebih-lebih lagi dengan adanya GST yang menambah lagi beban kepada rakyat terutama golongan pendapatan kecil dan sederhana.
Kenaikan harga minyak ini pasti akan lebih dirasai oleh penduduk di luar bandar dan pedalaman Sarawak kerana mereka terpaksa membeli harga minyak ini lebih tinggi dari harga di bandar tanpa pengawasan pihak kerajaan.
Kita mengesa pihak kerajaan persekutuan dapat memberi kelonggaran kepada Sabah dan Sarawak dalam menentukan kenaikan harga minyak mengikut harga pasaran negara Brunei memandangkan qualiti dan hasil minyak dari Sabah dan Sarawak adalah sama macam di Brunei.
Kita harap perkara ini dapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya dari kerajaan persekutuan dalam menentukan nasib penduduk Sabah dan Sarawak yang masih terpinggir dari arus pembangunan.
Jofri Jaraiee

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget