Tujuan S4S Anjur Perarakan Peringati 22 Julai Terus Dipersoal



KUCHING: Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak Abdullah Saidol mempersoalkan tujuan Sarawak for Sarawakians (S4S) mengadakan perarakan bagi memperingati detik bersejarah Sarawak pada 22 Julai depan.

Abdullah ketika dihubungi semalam bagi mengulas mengenai perkara ini berkata, sejarah negeri ini dan negara kita Malaysia amnya melibatkan banyak peristiwa yang penting serta kisah-kisah perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu.

Justeru soalnya, mengapa penganjur iaitu gerakan yang menggelarkan diri mereka sebagai S4S hanya memilih untuk bercakap mengenai tarikh 22 Julai.

“Apakah individu-individu yang lantang bercakap tentang sejarah ini benar-benar patriotik dan bebas daripada pe-ngaruh politik?,” soal Abdullah yang juga ketua setiausaha politik Ketua Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop.

Tambah Abdullah, perjuangan mereka ini harus diragui kerana ramai orang tahu bahawa mereka yang menyertai gerakan ini bersekongkol dan bekerjasama dengan pembangkang.

Malah menurut Abdullah, bukahkah mereka yang merancang menganjurkan perarakan ini adalah individu sama yang sering memburuk-kan nama dan maruah negeri kita di luar negara.

“Saya tidak pernah membaca atau mendengar mereka bercerita mengenai pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu yang terlibat dalam usaha memberi kita kemerdekaan daripada penjajah.

“Malah saya juga tidap pernah membaca dan mendengar mengenai perjuangan para pemimpin terdahulu kita daripada peristiwa konfrontasi Indonesia dan seterusnya membebaskan kita daripada jajahan komunis,” tambahnya.

Meskipun beliau mempersoalkan tujuan perarakan ini, namun pada masa sama Abdullah tidak membantah penganjurannya asalkan mereka berarak secara aman dan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Ini kerana menurut Abdullah, kita adalah sebuah negara demokrasi yang memberi hak bersuara kepada rakyat tetapi mestilah dengan cara yang berhemah dan harus peka kepada sensitiviti masyarakat.

Tetapi jika tujuan mereka melakukan ini semata-mata untuk menimbulkan buruk sangka dan memecahbelah-kan perpaduan dan kehar-monian masyarakat, Abdullah yakin majoriti masyarakat yang cintakan keamanan tidak akan menyokong perjuangan ini. - Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget