Hadi: Hentikanlah fitnah PAS bersama UMNO




KUALA LUMPUR: Kenapa masih menuduh pimpinan Pas di bawah TG Haji Abd Hadi Awang hendak bersama Umno. Ini merupakan satu tuduhan orang yang kecewa dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang masih mendapat sokongan daripada ahli. 

Gesaan tegas ini dibuat oleh Naib Presiden Pas, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataanya kepada Harakahdaily.

“Untuk makluman TGHH pernah diajak oleh pemimpin Umno untuk bergabung dengan PAS, tetapi dijawab dengan tegas, PAS tidak akan bersama dengan Umno sebaliknya terus akan kekal dengan PR.

“Janganlah akibat terlalu marah sehingga sanggup menuduh pemimpin PAS ketagih sangat mahu bergabung dengan Umno. Sedangkan ada dalam kalangan mereka ini borang Umno pun tidak pernah pegang. Majoriti anak menantu dan keluarga mereka bersama PAS,” ujar Ustaz Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.



Beliau menggesa mereka yang menuduh pemimpin PAS yang hendak menyertai Umno agar melihat kiri kanan dahulu, adakah tidak ada ahli keluarga mereka yang tidak menyertai Umno. Alangkah baiknya masa yang terluang untuk menulis dan memfitnah orang lain menyertai Umno digunakan untuk berdakwah keluarga terdekat untuk bersama dengan perjuangan PAS.

Mereka yang menyertai PAS kebanyakannya faham sebab apa mereka bersama PAS. Mereka menyertai PAS bukan kerana benci individu dalam Umno, bukan kerana kalah berlawan dalam persidangan Umno, bukan kerana kecewa tidak dapat projek tetapi kerana dasar Islam.

“Prinsip kita jelas, siapa yang teringin sangat dengan Umno, dia seorang diri sahaja yang akan pergi bersama Umno. Sejarah terpahat pemimpin yang menyertai Umno seperti Datuk Asri Hj Muda, Ustaz Osman Abdullah, Ustaz Nakhaei Ahmad dan lain-lain lagi, mereka keseorangan sedangkan PAS tetap teguh dan segar, walau pun mereka dipandang hebat ketika memimpin Pas.

“Satu ketika dahulu ada orang menuduh Almarhum Ustaz Harun Taib dan Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik akan menyertai Umno. Sedangkan mereka berdua meninggal di dalam perjuangan PAS, yang menuduh mereka berdua belum pasti mengakhiri hayat bersama dengan PAS. 

“Janganlah sikap melampau sehingga tidak boleh lihat pemimpin PAS yang kita benci minum teh bersama pemimpin Umno, terus dituduh menjadi Umno. Sedangkan orang yang mereka suka, walaupun siang malam bersama pemimpin Umno tidak dituduh apa-apa pun,” tegas beliau lagi. – HARAKAHDAILY 11/6/2015

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget