Guan Eng kecewa 4 wakil PAS belum letak jawatan

11 JUN: Ketua Menteri Lim Guan Eng meluahkan rasa kecewanya terhadap keengganan empat ahli majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai daripada PAS berundur daripada jawatan itu.

Tindakan itu, kata Guan Eng sangat memalukan dan merendahkan maruah dan penghormatan kepada PAS di mata orang ramai.

“Sebagai ketua menteri Pulau Pinang dalam kapasiti saya sebagai setiausaha agung DAP, PAS memutuskan hubungan dengan DAP adalah secara efektifnya bererti memutuskan hubungan dengan saya sebagai ketua menteri Pulau Pinang,” katanya.
Guang Eng dalam kenyataannya hari ini, berkata tindakan pimpinan baru PAS ini telah melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
“Jelas kepimpinan PAS yang baru bukan sahaja kehilangan kehormatan mereka, tetapi juga prinsip-prinsip mereka,” katanya.
Setiausaha Agung DAP itu bagaimanapunmemuji tindakan anggota PAS, termasuk bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, meletakkan jawatan daripada kerajaan negeri itu susulan keputusan muktamarnya memutuskan hubungan dengan DAP.
“Ini adalah pemimpin PAS yang berprinsip, yang menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang bukan kerana jawatan tetapi kerana iltizam mereka untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.
Mohamad atau Mat Sabu menyerahkan surat peletakan sebagai pengarah PBA Holdings pada 8 Jun.
Beliau juga telah menerima peletakan jawatan daripada ketua Penerangan PAS Pulau Pinang Rosidi Hussain daripada kedudukannya sebagai pengarah Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang.
Angota Jawatankuasa Pusat Mujahid Yusof Rawa juga mengambil tindakan sama sebelum ini, menyebabkan kelihatan timbul keadaan panik di kalangan pemimpin kanan sedia ada PAS, yang dikuasai golongan ulama.
Kira-kira 1,000 anggota PAS dikatakan memegang jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang.- BNBBC

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget