Benarkah Wan Azizah main peranan dengan baik?


11 JUN : Hakikatnya, Ketua Pembangkang gagal memainkan peranan untuk mengukuhkan ikatan antara parti dalam pakatan pembangkang.

Sekalipun sudah hampir sebulan memegang jawatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail 

masih gagal meredakan sengketa DAP dan PAS yang berlanjutan sejak awal tahun lalu bilamana PKR menggerakkan “Langkah Kajang”.

Sejak itu seluruh negara dapat menyaksikan sendiri pelbagai episod drama sengketa politik DAP dan PAS yang adakalanya meremangkan roma mereka yang mengikuti bahang politik tempatan.
Sebagai anak harapan yang diharap meneruskan warisan keluarga dalam arus politik negara, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bagaimanapun lantang mempertahankan usaha ibundanya yang juga Presiden PKR.
Nurul Izzah hari ini tampil mendakwa Wan Azizah telah menjalankan tanggungjawab dengan ‘baik’ selaku Ketua Pembangkang.
Wan Azizah katanya, menggunakan pendekatan perbincangan secara berasingan di antara PKR dengan DAP dan PKR dengan PAS dalam usaha memulihkan krisis di antara dua parti tersebut yang dilihat semakin parah.

wawi n ni
“Perbincangan diteruskan dan kenyataan telah dibuat, perbincangan bersama DAP dan PAS dengan PKR dibuat secara berasingan,” katanya kepada BNBBC.my di Lobi Parlimen, Khamis.

Yang pasti, Wan Azizah sehingga kini belum membuat sebarang kenyataan berhubung krisis tersebut.
Sebaliknya, hanya Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang tampil menggesa kedua-dua parti itu mengenepikan sikap ego demi kepentingan parti.
Itu pun susulan desakan DAP Selangor yang mahu beliau menyatakan pendirian sama ada memilih DAP atau pun PAS dalam meneruskan aspek pengurusan kerajaan negeri Selangor.
Nurul Izzah bagaimanapun yakin bahawa kemelut DAP dan PAS itu tidak akan menjejaskan sokongan masyarakat untuk terus memilih parti-parti dalam pakatan pembangkang sebagai parti pilihan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
dappaspecah
“Kita buat yang terbaik dan masih lagi optimis yang rakyat akan terus memilih PR untuk PRU akan datang,” katanya.

Keyakinan itu bagaimanapun pastinya akan teruji lantaran pergolakan dalaman parti PAS belum selesai sepenuhnya.
Kelompok Anwarinas yang tumpas sewaktu muktamar parti itu minggu lalu jelas masih cuba menggugat kepimpinan baru PAS dengan desakan serta sindiran agar terus tunduk kepada percaturan politik pakatan pembangkang sepertimana yang diinginkan DAP.
Persoalannya, mampukah Wan Azizah menangani kerakusan DAP sedang kala sama meredakan perjuangan kelompok ulama namun tanpa melepaskan legasi politik suaminya.- BNBBC

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget