Tanjung Offshore Menang Kontrak Petronas Bernilai RM250 Juta


KUALA LUMPUR - Unit Tanjung Offshore Bhd (TOB), Tanjung Offshore Services Sdn Bhd (TOS), memperoleh kontrak bernilai RM250 juta daripada Petronas Carigali Sdn Bhd untuk operasinya di Sarawak.

Pembekal perkhidmatan minyak dan gas itu berkata kontrak permintaan kerja pembinaan (CWR) itu melibatkan penyelenggaraan bahagian atas platform untuk anak syarikat milik penuh TOS.

TOB dalam satu kenyataan berkata kontrak berkenaan melibatkan penyediaan kerja-kerja bagi kemudahan luar pesisir dan darat di Sarawak sedia ada dan membolehkan syarikat cari gali minyak dan gas itu memaksimumkan keperluan operasi, pengeluaran dan keselamatannya.

Kontrak CWR itu untuk jangka masa dua tahun dengan pilihan lanjutan satu tahun.

Kontrak itu dijangkakan memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham TOB bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2015 hingga 31 Dis 2018, katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TOB Rahman Shamsudin berkata kontrak itu akan memberi manfaat kepada syarikat dalam tempoh terdekat berikutan harga minyak global hanya memberi kesan minimum kepada kos bagi beri kerja-kerja penyelenggaraan.

"Bersama pelanggan, kami akan memantau rapat kemajuan projek yang dilaksanakan bagi memastikan pelbagai kaedah pemprosesan mematuhi reka bentuk dan spesifikasi yang diluluskan," katanya.

Rahman berkata TOS Sentiasa berusaha meningkatkan rangkaian produk dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan ketat industri.

TOS memulakan perniagaan pada pertengahan 1990-an dan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan khusus minyak dan gas seperti pakej-pakej peralatan kejuruteraan khusus, penggerudian dan perkhidmatan pelantar, kontrak pengurusan projek, alat ganti dan peralatan dan perkhidmatan berkaitan. - BERNAMA
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget