VIDEO: PAS masih setia bersama DAP Sarawak


KUCHING: PAS Sarawak masih mengharapkan agar hubungan bersama Pakatan Rakyat Sarawak khasnya dengan DAP perlu diteruskan.

Haji Adam, Pesuruhjaya PAS Sarawak menyatakan sedemikian dalam sidang media semasa lawatan PAS ke Dewan Undangan Negeri Sarawak baru-baru ini.

"Tiada perpecahan rasmi berlaku, PAS cuma 'bercerai kasih' dengan DAP Sarawak", ujarnya sebagai menjawab mengenai isu perpecahan Pakatan Rakyat.

PAS Sarawak lebih mengutamakan 1 lawan 1 dalam isu kerusi pakatan rakyat dalam menghadapi pilihanraya Negeri Sarawak akan datang.

"Setakat mesyuarat pertama, ianya dipersetujui 1 lawan 1 dan kita elak sebarang pertindihan", kata Abang Ahmad Kerdee, Setiausaha PAS Sarawak.


VIDEO- PAS Sarawak: Sidang Media DUN Sarawak ke 17

Menurutnya lagi, "Buat pertama kalinya bakal calon PAS Sarawak adalah wakil dari penyokong PAS Sarawak iaitu calon bukan Islam dalam pilihanraya Negeri akan datang".

PAS mengadakan lawatan ke Dewan Undangan Negeri Sarawak semasa sidang DUN diadakan untuk berjumpa Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem.

Dalam lawatan itu, PAS Sarawak menyatakan sokongan terhadap polisi Adenan Satem dalam memperjuangkan royalti minyak dan autonomi Sarawak.

Turut hadir bersama rombongan tersebut ialah Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohamad Arifiriazul Paijo dan beberapa pimpinan PAS Sarawak.-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget