Prosedur tak benarkan siaran langsung siasat 1MDB



Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tiada masalah jika pendengaran 1MDB disiarkan secara langsung di kaca televisyen.

Bagaimanapun, katanya prosedur sedia ada parlimen tidak membenarkannya.

“Persoalannya siapa boleh putuskan untuk benarkan siaran langsung – kabinet atau speaker (Dewan Rakyat),” soal pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed .

Katanya walaupun terdapat pihak berhujah bahawa peraturan tetap parlimen boleh dibangkitkan begitu saja, parlimen masih berlangsung bawah Akta Perkhidmatan Parlimen.

Gesaan supaya pendengaran itu disiarkan secara langsung antaranya dilontarkan oleh Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak hadir dialog terus terang dengan NGO di Kuala Lumpur minggu lalu.

Setelah pelbagai kontroversi, Ramai pihak kini berharap isu 1MDB, syarikat cetusan ilham Najib yang terbeban hutang besar, dapat ditangani secara telus.

[Baca berita asal] @Msiakini
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget