ADUN Pelagus George Lagong sudah mampu bergerak




SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus George Lagong kini sudah mampu menggerakkan seluruh anggota badannya.

Anaknya, Dickson George dalam kenyataan melalui WhatsApp memberitahu bahawa ini merupakan satu perkembangan yang baik dan positif.

“Bapa saya sudah mampu menggerakkan anggota badannya walaupun masih terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu di sini,” katanya.

Dengan perkembangan itu, pengimbasan MRI (magnetic resonance imaging) tidak perlu dilakukan buat masa ini.

Difahamkan bahawa saraf tunjang beliau tidak terjejas.

“Hanya terdapat sedikit keretakan di bahagian leher kirinya dan dijangka beransur pulih dalam masa terdekat,” jelasnya.

Sehingga kini, doktor dan pakar bedah mendapati tiada pembedahan lanjut perlu dilakukan terhadapnya.

Bagaimanapun, paru-paru beliau disyaki terkena jangkitan dan para doktor sudah menyedari ia berlaku terlebih dahulu dan diberi antibiotik.

George kini memasuki hari ke-10 menerima rawatan di Hospital Sibu sejak terbabit dalam kemalangan jalan raya di Bukit Sebangkoi, Sarikei pada 31 Mei lalu ketika dalam perjalanan pulang menyambut perayaan Hari Gawai Dayak.

Kereta pacuan empat roda dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh ke dalam gaung.

Isterinya Sumie Janting, 50, dan dua anaknya, Norman Juing George, 15, dan Winston Demang George, 9, terselamat tanpa sebarang kecederaan serius.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget