Masyarakat Penan tidak disisihkan, kata Jabu


11 bangunan RSC Penan di daerah Baram, terbaharu dirasmi bangunan RSC di Long Jekitan, Silat
MARUDI: Sebanyak 11 bangunan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar (RSC) untuk kaum Penan di daerah Baram dan terbaharu dirasmikan ialah bangunan RSC di Long Jekitan, Silat yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Manakala di Long Jekitan dilengkapi sekolah rendah, Pusat Klinik Kesihatan Desa dan pusat perkhidmatan, justeru kemudahan disediakan di Long Jekitan membantu masyarakat Penan di Sungai Silat.

Mengenai bangunan RSC di sini yang menempatkan ruang untuk kaum Penan menjual kraf tangan, anyaman dan parang ilang (malat), semua ini menambah sumber ekonomi bagi kaum Penan.

Untuk menubuhkan semua ini bukannya senang tetapi dengan usaha gigih kerajaan memajukan kaum Penan supaya masyarakat Penan dari Long Bee, Ba Purau, Long Dekan dan Jekitan mendapat faedahnya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata peruntukan sejumlah RM75,000 diperuntukkan bagi menambahkan bangunan RSC Long Jekitan.

Sebelas RSC tersebut melibatkan 59 kampung dan jumlah penduduk ialah seramai 8,643 orang terdiri daripada kaum Penan.

Jabu yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar menggesa masyarakat Penan di kawasan Selungoh supaya memberi sokongan kuat kepada kerajaan BN dan jangan suka diperalatkan oleh NGO luar membangkang polisi dan dasar kerajaan.

NGO menghalang kaum Penan di Long Kerong, Long Sepigen dan Long Sait daripada arus pembangunan.

“Masyarakat Penan tidak ada salah dan berharap mereka sedar dengan tipu helah NGO dan pembangkang. Justeru kita menasihati mereka supaya menyokong BN,” kata Jabu.

Turut berucap Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau, ADUN Telang Usan Dennis Ngau dan Ketua Masyarakat Penan Temenggung Datuk Hassan Sui.

Hadir sama Ketua Eksekutif RECODA Tan Sri Datuk Amar Wilson Baya Dandot, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ose Murang, Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian Datuk Dr Ngenang Janggu, Setiausaha Politik Ketua Menteri Robert Laing Anyie dan Residen Bahagian Miri Anthonio Kahti Galis.-Borneo Post 

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget