Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 kali ini.
Salahuddin memberitahu bahawa pihaknya telahpun memutuskan untuk bertanding 13 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak dalam mesyuarat bulanan parti berkenaan tetapi belum dapat memberitahu kerusi-kerusi tersebut namun ia meliputi kerusi di kawasan luar bandar dan bandar.
Dalam pada itu, senarai nama calon akan diumumkan tidak lama lagi dan kesemua calon yang bakal bertanding adalah merupakan anak tempatan tambah Salahuddin ketika ditemui dalam sidang media di Kuala Lumpur semalam.
Sementara itu, memetik laporan mStar beliau juga menambah bahawa Amanah akan menentang PAS jika parti berkenaan juga meletakkan calon dikerusi yang sama.-Sarawakiana
Post a Comment