KUCHING: Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dijangka mengumumkan calon langsung Barisan Nasional pada esok hari sekitar jam 2 petang di pejabatnya.
Menurut laporan dari portal tempatan, SarawakVoice.com, pengumuman 'Pasukan Adenan' itu bakal menyelesaikan permasalahan perebutan kerusi antara parti-parti komponen BN seperti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).
Setakat ini, jelas PBB telah sepakat menampilkan 40 calon dan PRS dengan 11 calon bagi menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak ke 11 akan datang.
Jika benar pengumuman tersebut dibuat esok, ianya bakal menyelesaikan masalah perebutan kerusi sesama parti komponen BN selama ini. Namun persoal portal itu lagi, adakah dengan pengumuman esok akan dapat mengawal sentimen sabotaj?
Dengan pengumuman yang boleh dikatakan agak lewat itu, membolehkan bakal calon boleh terus bergerak ke kawasan sasaran masing-masing.
Menurut portal itu lagi, dikhuatiri pengumuman itu esok juga bakal mewujudkan kesan buruk ke atas jumlah pengundi yang dijangka tidak turun mengundi atau merosakkan kertas undi atas faktor dendam.
Ini secara tidak langsung memberi peluang cerah untuk Pakatan Harapan Sarawak memenangi beberapa kerusi baharu dalam PRN akan datang.
Walau apapun, ini merupakan kali ke 3 formula calon langsung BN digunapakai dalam PRN Sarawak.-SarawakLive
Post a Comment