PKR umum kerusi dan calon PRN Sarawak esok



Kuala Lumpur: Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah berkata kepada wartawan di lobi Parlimen tadi bahawa kerusi dan calon PKR untuk Pilihanraya Negeri Sarawak ke 11 akan diumumkan esok.

"Ia akan diputuskan selepas Majlis Presiden," kata beliau.

PKR sebelum ini bertanding di 49 kerusi dan menyandang 3 kerusi pada PRN Sarawak ke 10 yang lepas.

Dengan penambahan 10 kerusi baharu DUN Sarawak, menjadikan perebutan kerusi sesama barisan Pakatan Harapan mahupun Barisan Nasional menjadi semakin sengit.

Untuk kerusi Pakatan Harapan Sarawak, persoalan mungkin bakal terjawab esok samada pengumuman itu direstui oleh DAP ataupun ia sekadar pengumuman cadangan sahaja dari PKR.-SarawakLive

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget