PAC digesa bentang laporan audit ke Parlimen


PETALING JAYA - Pakatan Harapan menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membentangkan Laporan Ketua Audit Negara mengenai siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara serta-merta kepada Parlimen.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1MDB tidak bersalah, tiada keperluan laporan itu disembunyikan daripada ahli-ahli Parlimen.

"Pakatan Harapan yakin bahawa PAC tidak pernah membincang dan membuat sebarang keputusan yang mendapati bahawa Datuk Seri Najib tidak bersalah.

"Kami menyeru pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan terhadap Datuk Shahrol Halmi dan lain-lain pihak termasuk sejumlah AS$7 bilion yang tidak dapat disahkan," katanya pada sidang media, selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di ibu pejabat PKR, di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan PAC mengenai siasatan ke atas 1MDB yang mula diedarkan kepada ahli-ahli Parlimen tanpa sempat dibahaskan dalam Dewan Rakyat, pada Khamis lalu.

Wan Azizah juga berkata, Pakatan Harapan kecewa dengan Kementerian Kewangan kerana gagal mengarahkan 1MDB bekerjasama sepenuhnya dengan PAC dan Jabatab Audit Negara.

"Kegagalan tersebut telah menjadi kekangan kepada Jabatan Audit Negara dan PAC untuk menyiapkan siasatan secara menyeluruh.

"Ini termasuk siasatan sama asa AS$681 juta yang dideposit ke dalam akaun peribadi perdana menteri berpunca daripada 1MDB," tegasnya.

Wan Azizah turut mendakwa, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar telah memberikan keterengan bahawa Kemeterian Kewangan langsung tidak terlibat dalam segala keputusan dalam 1MDB.

"Perkara ity telah disahkan oleh Jabatan Audit Negara bahawa Artikel 117 Lembaga Penubuhan Syarikat memberi kuasa mutlak kepada perdana menteri," katanya lagi.

- Sinar Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget