Dr Ali Puji bakal calon bebas menyokong BN


SELANGAU : Dr Ali Puji akan bertanding melawan calon BN dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) iaitu Cristopher Gira ak Sambang di Dun Tamin pada Pilihanraya Negeri Sarawak nanti. 

Bercakap pada Majlis Komuniti 1Malaysia di Rh Jaraw semalam, Dr Ali Puji mengatakan beliau tidak berpuas hati terhadap pencalonan Christopher Gira ak Sambang kerana pemilihan tersebut membelakangkan suara rakyat di Selangau.

Beliau yang merupakan Ahli Majlis Luar Bandar Sibu turut menjelaskan beliau bukanlah penentang kerajaan dan penduduk di kawasan Selangau tidak perlu khuatir untuk mengundi beliau nanti. Beliau berjanji sekiranya menang pada PRN nanti, akan memohon untuk menyertai BN.

Dun Tamin sebelum ini diwakili oleh Datuk Joseph Mauh ak Ikeh yang telah sukarela melepaskan kerusi tersebut. Atas kehendak Presiden PRS, Tan Sri James Masing dan Datuk Joseph Mauh sendiri, Christopher Gira dicadangkan untuk bertanding di Dun Tamin. 

-SARAWAKLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget