SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngpa diumum akan dicalonkan semula bagi mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengumumkannya pada program Sejiwa Senada di sini, hari ini.
Rayong, ketua pemuda Parti Rakyat Bersatu (UPP) itu akan bertanding atas tiket calon langsung BN.
Beliau memenangi kerusi Engkilili menerusi PRN 10 pada 2011 ketika dalam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP). - utusan borneo
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.