Muhyiddin perlu main peranan bantu presiden Umno


Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu melaksanakan peranannya sebagai timbalan presiden Umno dengan membantu tugas presiden dan mempamerkan kesetiaan serta sokongannya kepada parti, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Sebagai timbalan presiden, katanya Muhyiddin tentu tahu tugas beliau bukan untuk melemahkan kepimpinan presiden dengan membuat kenyataan yang boleh membawa kepada timbulnya spekulasi dan kekeliruan yang tidak sepatutnya.

Menurutnya sebagai ahli politik berpengalaman, Muhyiddin sepatutnya amat arif tentang perlembagaan Umno yang menggariskan tugas timbalan presiden parti.

"Tugas beliau bukanlah untuk melemahkan atau menggoyahkan perahu. Ucapannya di Pagoh baru-baru ini boleh menimbulkan spekulasi ia merupakan satu lagi cubaan Muhyiddin untuk memandang rendah dan melemahkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Salleh dalam catatan terbaharu dalam laman blognya sskeruak.blogspot.my.

Salleh berkata Muhyiddin ialah timbalan presiden Umno dan presiden beliau ialah perdana menteri Malaysia iaitu pemimpin negara ini.

"Saya berharap ucapan itu difahami dari luar konteksnya.

"Tapi, jika tidak demikian, dan tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk memandang rendah kepimpinan presidennya, maka beliau tidak memiliki kualiti untuk menjadi seorang pemain secara berpasukan. "Dan, keputusan perlu dibuat sama ada oleh beliau sendiri atau parti untuk menghentikan sama sekali semua speklulasi tentang pendiriannya itu," kata beliau. 

 – Bernama


Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget