Bukanlah sesuatu perkara yang pelik untuk melihat individu yang ‘munafik’ khususnya dalam dunia politik.
malaysia cunPengerusi Majlis Ahli-Ahli Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, hakikat itu mudah dan jelas untuk dikesan orang ramai jika bersedia untuk menilai dan menghalusi pandangan serta pendirian yang dibawa pihak tertentu terutama pembangkang.
Contoh mudah katanya ialah apabila kerajaan membawa usul melaksanakan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang bagaimanapun dibantah keras pembangkang sehingga menuduh kerajaan cuba menjual negara jika menandatangani perjanjian tersebut.
Kerajaan pula tegasnya telah membuat pelbagai inisiatif untuk memberi penerangan khusus mengenai potensi dan prospek perjanjian itu kepada setiap ahli parlimen kerajaan mahupun pembangkang.
Meskipun menyedari potensi kelebihan TPPA kepada rakyat, pembangkang katanya, tetap bertegas pakatan haprakbahawa TPPA bukan perjanjian yang realisitik untuk dilaksanakan di Malaysia.
Sekali gus sikap pembangkang itu katanya jelas memaparkan hakikat yang harus diterima umum bahawa pembangkang akan tetap dan terus membantah setiap dasar dan perlaksanaan kerajaan sekalipun ianya memberi keuntungan kepada rakyat.
Ini katanya kerana tindakan sedemikian itu adalah bagi menghalalkan niat pembangkang untuk menumbangkan UMNO BN dengan apa cara sekalipun.
“Walaupun PKR begitu rapat dengan Amerika Syarikat sehingga sistem di White House digunakan dalam pendekatan strategi politik mereka, tetapi mereka menentang TPPA kerana ia menyatakan perkara tersebut adalah soal geo-politik mereka.
“Jadi bagaimana tak munafiknya mereka, bila kita buat sesuatu, mereka menentang sedangkan mereka lebih rapat dengan Amerika?” soalnya kepada BNBBC.my.
LYN INTERVIEW SHAHRIR SAMADMenurutnya, pendekatan kekecohan politik yang dibawa pembangkang akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kerana ianya menjadi matlamat pembangkang untuk terus memburukkan kerajaan sekali gus mengelirukan rakyat.
“Apa yang kita buat memang tidak ada yang akan puas hati secara keseluruhannya, pembangkang pasti akan membangkang segala-galanya, mereka akan kata pemerintah akan sokong sebab ini parti line, tetapi mereka juga kuat pertahankan arahan parti.
“Jadi ia tidak akan selesai dan takkan ada muafakat kerana politik dah jadi makan minum sesetengah pihak, mereka akan ambil pendekatan mereka sendiri,” tambahnya.
Mengulas lanjut, Shahrir berkata, tindakan itu secara dasarnya hanyalah strategi pembangkang bagi menutup kegagalan memenuhi setiap janji-janji kepada rakyat yang dibuat menerusi bajet alternatif mereka.
“Saya rasa apa yang mereka tawarkan pada PRU 13 belum habis diselesaikan, walaupun setiap kali bajet alternatif yang dikeluarkan, tapi mereka tak serius menyatakan ini suara pilihan rakyat yang patut diterima dan menimbang, dan akhirnya mereka bukan pertahankan, tapi mereka akan kutuk apa yang bajetpembangkangdibawa BN.
“Tapi dari segi apa yang dijanjikan pembangkang itu hanyalah ‘political noise’ sahaja,” ujarnya.
Segala kekecohan politik yang melanda Malaysia ekoran pendekatan pembangkang kata Shahrir lagi tidak dapat menyembunyikan fakta bahawa Malaysia pada 2015 telah mencatatkan pertumbuhan yang baik dari segi ekonomi berbanding tahun sebelumnya.
Sekali gus hakikat itu katanya, adalah bukti pencapaian yang baik buat UMNO BN berbanding beberapa negara maju lain lantaran Malaysia tetap mampu mengekalkan kestabilan dan pertumbuhan sekalipun wujud pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi kepimpinan negara, oleh Perdana Menteri khususnya.-BNBBC
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.