Mengapa YB Pas Sanggup Pakai Kostum Dewa Cina?


PERLUKAH wakil rakyat parti Islam, Pas memakai kostum dewa Cina semata-mata kerana meraikan tahun baru Cina atau Gong Xi Fa Cai?

Perkara itu dipersoalkan oleh para pengguna media sosial selepas gambar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Khairuddin Othman memakai pakaian Dewa Cao Guo Jiu dalam satu majlis baru-baru ini.

Blogger terkenal, Chegubard dalam statusnya turut mempersoalkan tindakan Setiausaha Perhubungan Pas Selangor itu dan apa hukumnya dalam Islam.

"Sekarang, apakah perlu YB Khairuddin memakai pakaian dewa yang menjadi sembahan kaum lain? Apa hukumnya? Memadailah kita cuma sama-sama meraikan sambutan Tahun Baru Cina," katanya yang mendakwa menyalinnya dari grup WhatsApp semalam.

Chegubard mahu membandingkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan seseorang muslim jatuh kafir kerana mengucapkan Hari Krismas tetapi sekarang Pas seperti terjerat dengan kenyataan sendiri.

Bagaimanapun, ramai juga pengguna media sosial yang menganggap ia bukan kehendak Khairuddin tetapi penganjur majlis yang tidak tahu mengenai sensitivitinya yang mahu Khairuddin memakai kostum Dewa Kekayaan itu bagi memeriahkan majlis sambutan tahun baru Cina.-KLxpress

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget