SIBU: Allan Siden Gramong, 30, diumumkan sebagai calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan pada Pilihan Raya Negeri ke-11 akan datang.
Beliau menggantikan bapanya, Datuk Gramong Juna yang telah berkhidmat selama sembilan penggal sebagai ADUN Machan.
Perkara ini diumumkan oleh Setiusaha Agung PBB Datuk Dr Stephen Rundi Utom pada Majlis Perjumpaan Khas di Kanowit, dekat sini hari ini.
Allan merupakan Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Ahli Exco Pemuda PBB Pusat. -Utusan Borneo.
Post a Comment