Meradong Mahukan Perubahan - Ding


KUCHING : Dua penggal kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong sudah ketinggalan daripada arus pembangunan, sudah sampai waktunya Meradong mahukan perubahan.

Bekas Ahli Parlimen Sarikei (SUPP) Ding Kuong Hiing menyatakan, kini DUN Meradong harus berubah untuk menerima perubahan demi pembangunan yang sudah jauh ketinggalan sejak 2 penggal DAP mewakili Meradong.

"Meradong kaya dengan sumber pertanian seperti tanaman lada, kelapa sawit, getah dan sebagainya namun pembangunan seperti jalanraya sungguh menyedihkan,"katanya.

"Rakyat kawasan Meradong sering bertanya kemana perginya wakil rakyat yang mereka pilih. Dua penggal sudah berlalu, tetapi wakil rakyat DAP tidak pernah bertanyakan masalah mereka,"ujarnya

Ding turut menjelaskan ketika beliau masih menjadi ahli Parlimen, banyak peruntukan disalurkan ke kawasan. Bantuan-bantuan yang kerajaan sumbang telah rakyat kawasan nikmati.

"Selepas kalah pada PRU13 yang lalu, saya hanya mampu menyumbang kepada rakyat setempat melalui dana yang ada pada parti dan kerajaan,"jelasnya.

"Kini saya bakal menjadi calon untuk DUN Meradong jika saya diamanahkan untuk melakukannya sekali lagi,"ujarnya

"SUPP mempunyai rancangan masa depan untuk DUN Meradong agar segala infrastruktur dibina bagi memudahkan rakyat Meradong membangun seperti kawasan lain,"katanya lagi.

Justeru Ding turut menyatakan bahawa perancangan masa depan yang lebih cerah kepada pekebun, petani, penternak dan peladang di kawasan tersebut akan dititik beratkan oleh Barisan Nasional agar perkembangan ekonomi setempat akan meningkat selaras dengan dasar kerajaan meningkatkan taraf sosio ekonomi luar bandar.

"Buat masa ini saya dan SUPP tetap meneruskan khidmat kepada rakyat kawasan dan akan terus menyalurkan bantuan secara berterusan tanpa mengira kaum dan agama,"jelasnya lagi

Beliau yang ditemubual oleh Sarawakiana berharap rakyat di DUN Meradong akan memilih wakil rakyat yang benar-benar membela rakyat dan berani keluar daripada takuk lama. - Sarawakiana

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget