Penganjur #BERSIH4.0 teruskan perhimpunan

BERSIH 4.0 tetap diadakan meskipun terpaksa guna tempat alternatif
AKAN TERUSKAN: (Dari kiri) Karen, Nicholas dan Ahmad pada sidang media mengenai perhimpunan BERSIH 4.0 di Kuching, semalam.

KUCHING: Penganjur BERSIH 4.0 di Kuching menegaskan akan terus mengadakan perhimpunan aman secara serentak dengan Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu pada 29 dan 30 Ogos ini meskipun menggunakan tempat atau venue alternatif.

Pengerusi BERSIH 4.0 Kuching, Nicholas Mujah Ason berkata pihaknya sebelum ini memohon kepada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk menggunakan Padang Merdeka namun masih belum mendapat jawapan dibenarkan atau tidak setakat semalam.

“Kami akan mengadakan pertemuan bersama mereka Jumaat (hari ini) untuk mendapatkan pengesahan mengenai kelulusan ini dan masih berharap dapat mengguna Padang Merdeka.

“Kami ada beberapa venue yang disasar malahan pihak polis turut menyarankan beberapa tempat boleh diguna-kan seperti Padang Ragbi Song Kheng Hai dan Padang Jubli dan beberapa lagi.

“Kami akan mengemuka-kan permohonan mengenainya kepada pihak berkuasa tempatan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Nicholas berkata, dengan menjangka lebih 1,000 pe-nyertaan maka diharapkan beberapa venue alternatif dibenarkan adalah tempat baik bagi memudahkan mereka mengadakan perhimpunan bukan sahaja secara aman bahkan peraturan ditetapkan.

Beliau berkata, tujuan perhimpunan berkenaan diadakan bukan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada tetapi memberi peluang kepada rakyat khasnya di negeri ini menyuara hak masing-masing sebagai sebuah negara demokrasi.

Katanya ia bagi memastikan pilihan raya BERSIH dan adil, kerajaan baik selain membawa masyarakat Sarawak yang ingin menyuarakan hak sebagai rakyat Malaysia.

Sementara itu mengulas mengenai mesyuarat diada bersama Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek, Mujah menjelaskan ia satu pertemuan amat baik kerana mereka diberi penjelasan mengenai perkara perlu dipatuhi semasa perhimpunan.

“Mesyuarat berjalan lancar dan Roslan menjelaskan perhimpunan diadakan sebagai satu prinsip sebuah negara demokrasi dalam menyuara-kan pendapat,” katanya.

Sementara itu, ahli jawatankuasa penganjur, Ahmad Awang Ali berkata, mereka akan bekerjasama dengan polis bagi memasti perhimpunan dijalankan lancar mengikut lunas undang-undang.

“Kami turut menggalak rakyat Sarawak untuk menyertainya kerana ia bukan acara pembangkang. Ini cara rakyat mengeluar suara mengenai demokrasi di Malaysia.

“Kami berharap ia tidak disalah anggap bahawa BERSIH ini untuk menjatuh kerajaan tetapi menyedar rakyat mengenai demokrasi,” katanya sambil memberitahu Malaysia bukan sahaja maju dari segi ekonomi atau pembangunan tetapi disertai pemikirannya.

Jelas Ahmad, rakyat Malaysia harus mengamalkan pemikiran dunia ketiga dalam erti demokrasi jika ingin maju seperti negara lain.

Jurucakap BERSIH 4.0 Kuching Karen Shepherd berkata, dakwaan mengenai BERSIH 4 untuk menumbangkan kerajaan atau mengganggu demokrasi berparlimen adalah tidak benar sama sekali.

“Ia diadakan untuk me-mastikan prinsip demokrasi untuk rakyat lebih baik di mana rakyat boleh memilih pemimpin untuk bersuara.. ini kerana suara mereka hanya didengar sekali dalam lima tahun,” katanya.-Utusan Borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget