Pemimpin masyarakat DUN Tamin sokong calon pilihan Masing, Adenan


Datuk Joseph Entulu
SIBU: Pemimpin masyarakat di DUN Tamin kebanyakannya setia kepada Barisan Nasional (BN) terus menyokong calon BN yang dicalonkan presiden PRS dan pengerusi BN Sarawak.

“Oleh itu, apa-apa percubaan meragukan untuk menggagalkan penamaan calon baharu tidak mengubah pengumuman presiden PRS pada 25 Julai lalu di Rumah Jelai.

“Mesyuarat Exco PRS ba-dan utama Bahagian Tamin, Wanita dan sayap Pemuda dijadualkan pada 21 Ogos meneruskan untuk membincangkan isu calon,” kata Timbalan Presiden PRS Datuk Joseph Entulu ketika dihubungi semalam.

Ahli Parlimen Selangau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian bagi mengulas laporan media bahawa 80 ketua rumah panjang di kawasan Tamin dan Lemai mendesak ADUN Tamin Datuk Joseph Mauh Ikeh menarik balik kenyataan beliau yang ingin bersara daripada politik.

Kata-kata dipetik daripada jurucakap kumpulan itu, Linggi Lakom dari Sungai Wong, Hulu Mukah berkata bahawa khidmat Mauh masih diperlukan pengundi di kawasannya.

Beliau mendakwa faktor umur bukan alasan untuk wakil rakyat berkenaan berundur kerana beliau masih layak.

Untuk itu, Linggi berkata mereka masih mahu Mauh kekal terus berkhidmat.

Sementara itu, Naib Pe-ngerusi PRS Tamin Kaunselor Andrewson Ngalai mendesak pengundi di kawasan DUN Tamin terus bersatu menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dan menyokong sesiapa sahaja calon yang bertanding di kawasan itu.

Andrewson menjelaskan bahawa calon tidak dipilih oleh parti harus menyokong calon bertanding.

“Ini adalah untuk kebaikan perjuangan parti dan BN di Tamin. Marilah kita be-kerja bersama-sama untuk kebaikan parti dan rakyat,” katanya.

Selepas melancarkan jentera pilihan raya kawasan Tamin di Rumah Jelai Lidam, Batu 36, Tamin di Selangau, Ma-sing mengumumkan persaraan Mauh.

Masing yang juga Menteri Kemajuan Tanah berkata rakyat Tamin memutuskan siapa yang menjadi calon mereka untuk PRN akan datang sebelum memaklumkan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Presiden PRS itu percaya mereka mampu mencari pengganti yang baik bagi menerus-kan usaha-usaha Mauh.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget