BN Sarawak dipinggirkan, UMNO diberi layanan istimewa: Chong


KUCHING: Pengakuan Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sumbangan derma RM2.6 bilion untuk kepen-tingan UMNO bukti jelas Barisan Nasional (BN) Sarawak dipinggirkan sepenuhnya.

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen berkata, Najib dengan terbuka meng-akui sumbangan derma RM2.6 bilion dan mengatakan beliau tidak menggunakannya untuk tujuan peribadi, ternyata tamparan hebat buat parti komponen BN yang lain terutama BN Sarawak.

“Adakah parti-parti BN lain selain UMNO menerima apa-apa daripada duit yang dikatakan Najib sebagai sumbangan derma itu?

“Mengambil kira kata-kata Najib itu, ia bukti BN Sarawak sekali lagi dipinggirkan sedangkan layanan istimewa diberikan kepada UMNO,” katanya dalam kenyataan akhbar semalam.

Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching berkata pengakuan Najib itu turut menunjukkan dasar Kerajaan Negeri Sarawak telah dipinggirkan begitu juga dengan pengagihan duit sumbangan itu, BN Sarawak sekali lagi dipinggirkan.

Justeru ujarnya, tiada guna-nya BN Sarawak kekal dalam BN.

Sarawak katanya, telah dieksploitasi dan diketepikan oleh BN selama 52 tahun dan BN Sarawak dengan penuh taat menerima pengeks-ploitasian dan peminggiran tersebut.

Chong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa berkata akhir-akhir ini, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dengan terbuka ‘mengutuk’ tindakan (Najib) meminggirkan Sarawak.

“Oleh itu tiba masanya untuk Adenan melakukan apa yang sering beliau kata terutama dengan kenyataan Najib baru-baru ini semasa persidangan UMNO Bandar Tun Razak yang menunjukkannya beliau menghina dan tidak mengambil kira parti komponen BN yang lain.

“Najib hanya mengambil berat tentang UMNO… oleh itu, sudah tiba masanya untuk BN Sarawak mengisytiharkan ‘keluar dari BN’ bagi menun-jukkan penyelesaiannya menentang rasuah dan peminggiran Sarawak,” ujarnya.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget