Melalui arahan Adenan, Mawan disisihkan dari pilihan raya negeri


Ketua Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras), William Mawan secara teknikalnya telah diketepikan daripada pilihan raya negeri ke-11 Sarawak kerana beliau merupakan anggota parlimen Saratok.

"Peraturan umumnya adalah jika anda seorang ahli parlimen, anda hanya boleh jadi ahli parlimen sahaja. Tidak ramai yang menjadi ahli parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada masa yang sama. Jadi, saya fikir kali ini, tidak ada ahli parlimen yang akan bertanding dalam pilihan raya negeri."

Adenan SatemAdenan Satem
Pengerusi BN Sarawak dan Ketua Menteri, Adenan Satem telah menetapkan peraturan ini, yang hadir pada masa apabila begitu ramai warga muda Sarawak sedang menanti peluang mereka untuk memainkan peranan secara langsung dalam politik negeri.

Tetapi sudah tentu, Mawan masih boleh mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Pakan beliau jika beliau bersedia untuk bermain menggunakan peraturannya sendiri dan tidak menganggap dirinya sebagai calon BN.

Jika dia menuruti peraturan Adenan, ketua Teras itu pastinya merupakan penyandang pertama yang menjadi mangsa; Pakan bakal direbut.

Atau adakah ini merupakan sebahagian daripada formula Adenan dalam menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh kerajaan BN Plus, sewaktu beliau bersedia bagi pilihan raya negeri?

Beliau telah mengumumkan nama-nama beberapa penyandang yang akan mempertahankan kerusi masing-masing, termasuk Sylvester Entrie di Marudi, dan Paulus Gumbang Paulu di Batu Danau dari Teras.

Adenan berkata Sylvester dan Paulus akan bertanding atas tiket BN. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan yang mereka adalah daripada Teras. Adakah Teras akan wujud? Hanya Adenan yang tahu.

Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), seperti yang kita semua tahu, tidak bersetuju terhadapnya, tetapi itu cerita lain.

Tetapi keputusan terkini Adenan untuk tidak meletakkan ahli parlimen dalam pilihan raya negeri akan datang hanya bermakna dua perkara – satu, dia mempunyai cukup calon boleh menang yang layak tanpa perlu mendapatkan khidmat ahli-ahli parlimen; dan dua, menjawat jawatan ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri pada masa yang sama adalah terlalu membebankan, dan Mawan mungkin merupakan contoh terbaik.

Jadi apa yang bakal berlaku di Pakan?

Arahan Adenan, walaupun jika ia mengenepikan Mawan – bermakna Mawan masih akan mempertahankan kerusinya – ketua Teras itu akan menghadapi kesukaran dalam meyakinkan pengundi Pakan yang beliau mampu menggalas tanggungjawab kedua-dua ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Apa jua alasan arahan Adenan, ia telah menjejaskan masa depan Mawan di Pakan.-The Ant Daily (Jimmy Adit)

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget