SPRM tidak tahu penubuhan pasukan petugas khas kedua 1MDB


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak tahu tentang penubuhan satu pasukan petugas khas kedua bagi menyiasat operasi syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd.


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, pihaknya tidak mendengar apa-apa tentang khabar angin penubuhan pasukan dikenali sebagai National Revenue Recovery Team (NRRT), lapor Sinar Harian hari ini.

Akhbar Sinar Harian bagaimana pun tidak menyatakan sumber kukuh mengenai penubuhan pasukan itu dalam laporan mereka.

"Jika perkara ini benar, saya nasihatkan pasukan ini rujuk kepada SPRM sekiranya mereka terjumpa mana-mana kes rasuah dan salah guna kuasa dalam siasatan mereka. Ini kerana itu tanggungjawab kami," katanya memetik laporan akhbar itu hari ini.

Laporan sama menyebut Shukri sebagai berkata pihak SPRM akan memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila "sampai waktunya".

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang siasatan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib. –The Malaysian Insider
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget