#BERSIH4.0 Kuching desak Najib letak jawatan




KUCHING: Perhimpunan Bersih 4.0 tetap akan diadakan di Kuching untuk tujuan mendesak Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak meletak jawatan, kata pengerusinya, Nicholas Mujah semalam.

Selain itu katanya ia bukanlah untuk tujuan politik semata-mata tetapi lebih mengutamakan perjuangan demokrasi dan hak rakyat.

"Kerajaan Negeri Sarawak sepatutnya menggalakkan perhimpunan Bersih ini diadakan di Padang Merdeka kerana ianya tidak menyalahi undang-undang", kata beliau sambil menyeru orang ramai hadir pada perhimpunan yang bakal diadakan pada 29 dan 30 Ogos akan datang.

Nicholas turut menegaskan bahawa perhimpunan tersebut amat penting dan rakyat perlu tahu untuk memperbetulkan kerajaan yang bergolak pada masa ini.

Sidang media tersebut turut dihadiri oleh Karen Sheperd-wakil Bersih Kuching, Peter John Jaban-wakil Sadia dan Awang Ahmad Ali seprang peguam yang juga AJK Berish Kuching.-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget