Kenyataan pemimpin cawangan TERAS disifatkan berniat jahat


KUCHING: Exco Pemuda SPDP menyifatkan kenyataan dua pemimpin cawangan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) baru-baru ini sebagai berniat jahat dan tidak masuk akal.

Sambil menyelar kenyataan Pengerusi Cawangan TERAS Bukit Assek Pasang Ngelambai dan Pengerusi Cawangan Meluan Jerry Clement, exco pemuda itu turut memulang paku buah keras.

“Semasa Tan Sri William Mawan Ikom menjadi presiden SPDP tidak ada seorang pun Ahli Parlimen SPDP dilantik dalam kabinet.

“Ini membuktikan beliau sememangnya tidak mempunyai inisiatif untuk membariskan mana-mana Ahli Parlimen SPDP dalam kabinet sepanjang tempoh beliau menjadi presiden SPDP,” kata kenyataan itu semalam.

Tindakan pemimpin-pemimpin TERAS mengeluarkan kenyataan sedemikian boleh membuatkan perpecahan ahli-ahli SPDP dan secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti SPDP sebagai sebuah parti yang berbilang kaum.

Exco Pemuda berkata lagi dengan menyatakan peluang lebih besar untuk mendapat jawatan kabinet jika bersama TERAS adalah tidak betul sama sekali.

“Ini boleh dibuktikan dengan presiden TERAS sendiri yang tidak mendapat sebarang jawatan menteri penuh dalam kerajaan persekutuan,” ujarnya.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget