Jangan terpengaruh hasutan pembangkang, kata Nancy



KUCHING: Hajah Nancy Shukri menyeru agar rakyat tidak terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang mana mereka hanya sengaja mencari kesalahan dan tidak pernah membawa pembangunan kepada Negeri Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut menyeru agar rakyat meneruskan sokongan terhadap Barisan Nasional dalam ucapannya semasa majlis Ramah Tamah Aidilfitri Cawangan PBB N13 Batu Kawa semalam.

"Ketua Menteri Sarawak sekarang sangat berusaha untuk membawa negeri Sarawak lebih maju dan tidak jauh ketinggalan daripada Semenanjung Malaysia", tambah beliau.

Ahli Parlimen Batang Sadong itu turut berkata hampir kesemua tol jambatan telah dihapuskan, begitu juga perkhidmatan feri  telah diturunkan kadar kepada hanya RM1. "Ini menunjukan betapa beliau (Adenan Satem) mengambil berat tentang kos kehidupan rakyat marharen", katanya.

"Semenjak ditadbir DAP, ternyata amat sukar dan jauh sekali ada pembangunan", kata Ketua Kaum, Amit Bakri yang juga memohon agar wakil rakyat BN YB  memperuntukkan dana untuk membina parit,lampu jalan,dewan baru dan sedikit peruntukan kewangan untuk aktiviti-aktiviti belia serta penduduk Kampung Sebuak.

Pada majlis yang sama, Dato' Ahmad Ibrahim selaku Ketua Cawangan PBB N13 Batu Kawa turut menyeru agar ahli parti sentiasa menyemai semangat bersatu dalam keperbagaian budaya. 

"Perpecahan hanya membawa kehancuran.  Apatah lagi dengan berbagai tohmahan dan sentimen baru menimbulkan kebencian terhadap Malaysia oleh NGO-NGO yang berlatarbelakangkan parti pembangkang", ujar beliau.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Datuk Dr.Jerip Susil, Menteri Muda Kesihatan Awam merangkap ADUN N.16 BENGOH, ASP Muhammad Rizal Alis mewakili Ketua Polis Padawan dan pimpinan PBB Cawangan N13 Batu Kawa.-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget