KUCHING: Seramai 30 orang ahli PKR telah menyertai PBB diketuai oleh Ketua Penerangan PKR Batu Kawa, Razak Juli di kauter pendaftaran Dewan Serbaguna Kampung Sebuak, Landeh semalam.
Pada masa yang sama PBB turut menerima 25 kemasukan ahli baru semasa majlis Ramah Tamah Aidilfitri PBB Cawangan N13 Batu Kawa itu.
Dato' Ahmad Ibrahim selaku Ketua Cawangan PBB N13 Batu Kawa berkata,"Kita berusaha untuk mempertingkatkan keahlian parti PBB terutamanya genarasi muda agar memilih parti yg tepat untuk mewakili suara mereka dalam politik".
Beliau turut menyeru semua masyarakat, khasnya keluarga besar BN seiringan bersama kearah sehaluan tanpa mengira bangsa, menuju kearah kejayaan dan kemajuan bersama.
Majlis yang turut dihadiri oleh YB Hajah Nancy Shukri turut menyaksikan acara penyerahan surat perlantikan Dato Ahmad sebagai penolong pengarah jentera pilihanraya untuk P.196 Stampin oleh En.Tan Joo Phoi.
Turut diadakan acara penyerahan surat perlantikan Ketua Kaum kepada 5 orang Ketua Kaum di kawasan Batu Kawa.-SarawakLIVE
Post a Comment