Dana politik: Ketelusan kunci basmi rasuah


SHAH ALAM - Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), panel bebas yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalu-alukan langkah tegas yang diperlihatkan oleh kerajaan untuk memantau dana politik.

Pengerusi PPPR, Tan Sri Johan Jaaffar percaya tindakan untuk mengawal selia pembiayaan politik melalui pembaharuan dan undang-undang yang diperlukan adalah satu langkah yang penting dan tepat pada masanya.

Katanya, ketelusan dalam pembiayaan politik adalah kunci untuk membasmi rasuah politik.

"Orang ramai sentiasa menuntut ketelusan dalam bidang ini kerana wujud persepsi mengenai cara parti politik dan kempen pilihan raya dibiayai," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Johan juga memuji langkah Institut Integriti Malaysia (IIM) yang mengemukakan idea ini dan pada masa yang sama mencadangkan agar SPRM memainkan peranan penting dalam membantu kedua-dua IIM dan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP).

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razakmengumumkan penubuhan JKNMPP bagi merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif.

Beliau berkata, JKNMPP akan menghasilkan pelan tindakan pembiayaan politik berintegriti melalui pembaharuan dan penambahbaikan undang-undang yang diperlukan dalam tempoh setahun, dan seterusnya dilaksanakan sebelum PRU14.‎

Buat masa ini, tidak ada peraturan mengenai pembiayaan politik yang boleh menentukan sesuatu itu salah atau tidak, walaupun terdapat beberapa peraturan mengenai perbelanjaan pilihan raya.

Dalam perkembangan sama, beliau juga menyarankan agar komposisi JKNMPP, selain wakil-wakil dari pertubuhan masyarakat madani dan individu-individu yang ternama, juga harus menyertakan bersama pemimpin dari kesemua parti dalam landskap politik negara.

- Sinar Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget