KUCHING: Sebuah NGO, Warisan Anak Sarawak (AWAS) menjadi mangsa sabotaj oleh pihak tidak bertanggungjawab apabila telah diviral menerusi media internet bahawa NGO tersebut akan mengagih bantuan berbentuk wang kepada rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.
Fitnah ini turut dinafikan oleh pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak semalam.
'Notis' fitnah yang juga diviral menerusi aplikasi Whatsapp itu menjadi tarikan dan persoalan kepada rakyat di Kuching khasnya.
"Rugi kalau kita tak pegi esok (hari ini)", kata salah seorang warga Kuching yang terpengaruh dengan fitnah tersebut; ketika temubual bersama SarawakLIVE semasa mengunjungi gerai Hari Koperasi di Tebingan Sungai Sarawak.
Wakil dari NGO AWAS pula menyatakan bahawa ini adalah salah satu usaha untuk menjatuhkan gerakan NGO tersebut dan menimbulkan rasa benci rakyat bterhadap kerajaan.
"Tidak ada bantuan kewangan serupa ini diberi oleh AWAS mahupun kerajaan, jangan percaya dengan fitnah", kata salah seorang yang dipercayai sebagai ahli AWAS.-SarawakLIVE
Post a Comment