Jangan harap rakyat berhimpun dalam hutan, sungai atau atas pokok, kata Baru Bian

Pihak meluluskan perhimpunan BERSIH 4.0 perlu realistik: Baru


KUCHING: Pihak yang meluluskan lokasi penganjuran perhimpunan BERSIH 4.0 harus memikir mengenai hak negara demokratik.

Pengerusi PKR Negeri Baru Bian berkata, pihak berkuasa perlu menerima realiti bahawa Malaysia negara demokratik dan rakyat berhak berbuat demikian.

“Pada satu pihak, anda kata boleh mengadakan perhimpunan aman tetapi di satu pihak lain anda tidak mem-benarkan menggunakan tempat bagi perhimpunan itu.

“Ia ibarat mempersendakan undang-undang. Pihak berkuasa harus menerima realiti bahawa ini adalah dalam sebuah negara demokratik,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Baru menegaskan dalam situasi ini, polis tidak mempunyai masalah dengan peng-anjuran perhimpunan aman berkenaan.

“Oleh itu, dewan bandar raya atau kerajaan negeri tidak sepatutnya menolak kecuali atas sebab ketenteraman awam, keselamatan dan kesihatan awam.

“Jangan mengharap rakyat berhimpun di dalam hutan, di sungai atau di atas pokok kerana ia seharusnya kawasan selamat dan terbuka,” katanya.

Jelasnya, mereka akan berada di tapak perhimpunan dan mempelawa rakyat me-nyertai bersama perhimpunan itu.

Baru berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan BERSIH 4.0 pada 29 dan 30 Ogos ini secara serentak di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.

Sementara itu di Kuching, polis tidak mempunyai sebarang masalah dengan penganjuran perhimpunan selama dua hari bermula 29 Ogos ini, namun penganjur kemungkinan besar terpaksa mencari lokasi lain.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad, lokasi alternatif perlu dicari apabila Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang mentadbir Padang Merdeka tidak membenarkan venue itu diguna untuk mengadakan perhimpunan.

“Kita benar perhimpunan namun pemilik lokasi tidak membenarkan mereka menganjurkan perhimpunan di Padang Merdeka sekali gus tidak menepati syarat perhimpunan. Maka kena cari tempat lain sebagai alternatif,” ujarnya.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget