Isu wang derma RM2.6 bilion: Dunia ketawakan kita – Tun M

Dr Mahathir menimbulkan persoalan siapa yang mahu mendermakan USD$700 juta kepada Perdana Menteri Malaysia yang berkhidmat pada hari ini, sedangkan Presiden Amerika Syarikat tidak mampu menerima dana sebanyak itu dalam kempennya.
KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed hari ini menimbulkan keraguan mengenai jumlah wang derma RM2.6 bilion yang didakwa dari Timur Tengah untuk membantu dana kempen politik di Malaysia.

Dalam entri terbaru di blognya, Dr Mahathir menimbulkan persoalan siapa yang mahu mendermakan USD$700 juta kepada Perdana Menteri Malaysia yang berkhidmat pada hari ini, sedangkan Presiden Amerika Syarikat tidak mampu menerima dana sebanyak itu dalam kempennya.

Mahathir merujuk kepada jumlah sumbangan yang besar telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang didakwa daripada penderma dari Arab.

“Arab sememangnya bermurah hati, tetapi tidak semurah hati seperti itu.

“Saya sendiri tidak berjaya mengutip walaupun satu dolar daripada mereka untuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ataupun Pusat Islam Oxford,” katanya yang pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri yang berpengalaman selama 22 tahun.

Beliau menjelaskan, dakwaan bahawa terdapat sumbangan derma dari orang Arab yang berjumlah bilion ringgit adalah digambarkan sebagai angan-angan.

“Saya tidak percaya dan majoriti rakyat Malaysia juga tidak percaya berdasarkan komen-komen di media sosial. Dunia ketawakan kita,” katanya.

Semalam, Najib berkata Umno telah lama menerima sumbangan politik dan ia telah dijadikan amalan yang ‘normal’ yang turut dilakukan pada zaman kepimpinan Tun Dr Mahathir.

“Tetapi timbalannya tidak mempersoalkannya,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan mesyuarat Bahagian Pasir Gudang Umno.

Presiden Umno berkata, derma RM2.6 bilion dari pihak Timur Tengah bukan luar biasa.

Walaupun Najib tidak menamakan siapa penderma yang dimaksudkan, bulan lalu bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa jumlah wang yang dimaksudkan itu telah disalurkan dari 1Malaysia Development Berhad ke dalam akaun peribadi Najib.

Namun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menolak dakwaan itu dan menjelaskan bahawa wang itu adalah dana politik.

- The Rakyat Post

Post a Comment

Pembangkang Dan sekutu2nya termasuk TM ternanti2 siapa penderma nya..tapi bila di umumkan adakah pembangkang turut umumkan penderma parti yang mereka terima..mereka juga terima jutaan mungkin billion..TM tak minat ke nak Tanya pembangkang atau ada muslihat lain..pm dah janji akan umum jika pembangkang juga umum..susah ke..

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget