Kes kecoh di Low Yat...tiga jurujual telefon kena denda RM1,800


Ingat balik kes kekecohan di Plaza Low Yat bilamana seorang pemuda didakwa curi telefon bimbit pada Julai lalu.

Isnin Mahkamah Majlistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukukam denda RM1,800 atau penjara dua bulan keatas tiga orang jurujual telefon binbit di plasa itu.

Mereka dikenakan hukuman itu kerana sengaja mencederakan pemuda berkenaan,seorang penggangur .

Tiga yang kena hukuman itu ialah Low Leong Seng, 29, Eric Chan Weng, 23, dan Soo Weng Hing, 26,.

Mereka mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Muhamad Faizal Ismail.

Mereka didakwa bersama-sama mencederakan Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, di tingkat G, Plaza Low Yat, Bukit Bintang di sini pada pukul 4.47 petang, 11 Julai lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan

- Agenda Daily
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget