Isteri Pengarah Operasi Khas SPRM Ucap Terima Kasih



PETALING JAYA: Isteri kepada Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberi sokongan kepada suaminya.

"Sujud syukur saya pada Allah. Syukur Alhamdullilah dengan berkat doa saya dan seluruh rakyat Malaysia seluruh warga fb...Allah makbulkan doa kita semua," jelas Datin Nooor Haslina Abdullah di laman Facebook miliknya pada Isnin.

"Suami saya Datuk Bahri dan Datuk Rohaizad Yaakob telah dikembalikan tugasnya di SPRM.

"Terima kasih di atas doa dan sokongan moral. Terima kasih di atas semua pesanan positif yang dihantar melalui WhatsApp, panggilan, Telegram dan khidmat pesanan ringkas," tulis beliau.

Dalam satu lagi status di laman Facebooknya, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang turut memberi sokongan.

Pada Isnin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa membatalkan pemindahan dua pegawai tertinggi suruhanjaya itu ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) selepas berpuas hati dengan penjelasan mereka.

Bahri dan Rohaizad ditukarkan ke JPM dengan serta merta pada Jumaat lalu diatas alasan 'masalah disiplin'.

- MStar Online
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget