Ahli Umno diminta jangan keliru

Tajuddin Abdul Rahman

PONTIAN - Ahli Umno diminta tidak keliru antara kuasa melantik seseorang menteri oleh Perdana Menteri dan pemilihan jawatan dalam parti yang ditentukan ahli. 

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman berkata, keputusan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri perlu diterima dan dihormati.

Muhyiddin katanya, kekal Timbalan Presiden Umno yang dipilih kira-kira 150,000 ahli dua tahun lalu. 

“Mana-mana bahagian Umno yang mengundang Muhyiddin atas kapasiti sebagai Timbalan Presiden Umno merasmikan persidangan perwakilan perlu teruskannya.

“Beliau masih Timbalan Presiden Umno dan kita semua perlu menghormati perlembagaan,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita Umno Bahagian Pontian di Dewan Orang Ramai, Majlis Daerah Pontian Cawangan Benut, semalam.

- Sinar Harian
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget