Wan Azizah: Tiada keperluan sepentas dengan Mahathir


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tiada keperluan untuk beliau sepentas bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dalam siri jelajah Selamatkan Malaysia.

"Tiada keperluan ke arah itu kerana siri jelajah itu akan disertai kumpulan anti Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin Pakatan Harapan.

"Buat masa sekarang, tidak perlu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Pada 29 Mac lepas, Mahathir menyertai jelajah pertama Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Pandan Indah, Selangor.

Turut serta pemimpin PKR, Parti Amanah Negara (Amanah), DAP serta bekas pemimpin utama negara.

Sebelum ini, Mahathir menyatakan hasratnya secara terbuka untuk bertemu dengan Wan Azizah bagi membincangkan usaha untuk menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun pelawaan Mahathir itu tidak mendapat maklum balas daripada Wan Azizah sekeluarga.

- Sinar Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget