30 orang muflis setiap hari kerana beban kos hidup dan GST, kata Mohamed Salleh PKR

KUCHING: "Seramai lebih kurang 30 orang bankrap setiap hari kerana beban kos sara hidup dan GST", kata Mohamed Salleh, bakal calon PKR N.08 Satok pada Majlis Pelancaran Bilik Gerakan PKR Satok hari Sabtu lepas.

Beliau menambah, sebelum Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem pernah menafikan kesalahan dan tidak bertanggungjawab ke atas perlaksanaan GST di Sarawak namun apa yang berlaku sebenarnya ialah GST diluluskan hasil sokongan Ahli Parlimen dari Sarawak serta wakil rakyat BN Sarawak.

"Saya amat sedih dengan taraf kemiskinan rakyat di kawasan Satok kerana masih ramai yang tinggal di rumah setinggan", ujar Salleh yang juga merupakan Naib Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak.

"Pihak DBKU sering menghalang anak muda menjalankan perniagaan di kawasan Satok", ujar beliau.

Menurut Salleh lagi, rakyat di kawasan Satok mahu berubah dengan inisiatif memulakan perniagaan tetapi sering dihalang oleh pihak kerajaan.

"Bukan setakat menghalang, malah pihak kerajaan tidak memberi bantuan perniagaan kepada anak muda Satok", keluh Salleh sebagai mewakili suara rakyat khasnya anak muda di Satok.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Nik Nazmi- Ketua AMK Malaysia dari Selangor, YB Tan Kar Hin- Pengarah Pilihanraya AMK Malaysia dari Perak, Puan Nurhanim Mokhsen bakal calon PKR N.6 Tupong dana pimpinan serta penyokong PKR Satok.

"Undilah saya pada PRN Sarawak ke 11 akan datang sebagai mewakili anda untuk menuntut keadilan di Sarawak dan khasnya di DUN Satok",seru Salleh kepada hadirin yang hadir pada malam tersebut.-SarawakLive

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget