UPP sokong, serah kepada Adenan pilih calon PRN


KUCHING: Parti Rakyat Bersatu (UPP) menyokong dan menyerahkan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan untuk memilih calon-calonnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang demi kebaikan rakyat Sarawak.

Parti itu dalam satu kenyataan di sini semalam menegaskan, UPP juga mengetepikan perbezaan parti mengenai calon yang akan dipilih Adenan.

“Kita semua adalah sebahagian daripada Pasukan Adenan dan calon kita akan bertanding sebagai ahli Pasukan Adenan untuk kebaikan rakyat Sarawak dan perpaduan komuniti Cina.
“Penurunan kuasa daripada kerajaan persekutuan kepada negeri amat penting kepada rakyat Sarawak dan kita perlu berdiri teguh di belakang Ketua Menteri kita dan memberi mandat terbesar kepada beliau,”  menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, katanya, UPP menyerahkan kepada Ketua Menteri untuk memilih calon boleh menang untuk pasukannya.

“Kami amat yakin dengan beliau dan kami menyokong siapa sahaja yang dipilih beliau, dengan karisma dan populariti tingginya rakyat Sarawak akan bersatu di belakangnya,” kata kenyataan itu lagi. - Utusan Borneo.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget