Semua calon BN mampu menang besar


LIMBANG: Semua calon bertanding atas tiket dan lambang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang diyakini mampu memperolehi kemenangan besar.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kemenangan itu dapat dicapai sekiranya semua calon BN dipilih membina pasukan kuat di belakang kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

“Kemenangan besar amat penting bagi memastikan Sarawak terus maju dan mengekalkan keharmonian kaum yang dikecapi selama ini,” katanya pada Program Memperkasa Jentera Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Kota dan Batu Danau di sini, semalam.

Turut hadir Speakar DUN Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan jawatankuasa tertinggi PBB.

Awang Tengah berkata hanya parti berakar umbi di Sarawak memahami hasrat penduduk negeri ini.

Beliau optimis PBB yang menjadi parti tulang belakang BN di negeri ini akan memperolehi kemenangan majoriti sekali gus kekal menjadi tonggak kekuatan politik, ekonomi dan pentadbiran di Sarawak.

“Untuk mencapai kemenangan besar itu kita mesti memperkemas dan mempertingkat jentera agar lebih teratur serta bergerak dengan lancar.

“Pastikan segala isu dihadapi dapat difahami dan ditangani sebaik-baiknya khususnya daripada pembangkang,” katanya sambil menambah, semua calon BN mendapat kejayaan mengekalkan kerajaan BN yang diwakili semua kaum.

Awang Tengah menasihati PBB dan parti komponen BN agar tidak mudah diperalatkan oleh pembangkang yang mengaburi mata penduduk negeri ini sebaliknya menegakkan maruah bangsa.

Tambahnya, meskipun pembangkang mengetengahkan calon tempatan tetapi mereka tetap tunduk dengan ideologi parti mereka.

Jelas beliau, keharmonian dinikmati hari ini seharusnya dikekalkan dengan mempertahankan kerajaan sedia ada yang banyak membawa perubahan dan kepentingan rakyat Bumi Kenyalang.

“Jangan kita termakan cara pembangkang kerana di kalangan mereka juga sering bergaduh dan berbeza ideologi,” katanya.

- Borneo Post Online

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget