Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terus mengingatkan pemimpin di negeri itu supaya terus bersatu bagi mempastikan Sarawak kekal di bawah Barisan Nasional (BN).
Umum tahu, Sabah dan Sarawak adalah ‘fixed deposit’ kepada BN, dan kemenangan selesa BN pada pilihan raya Sarawak yang dijangka April depan, boleh memberi impak kepada Pilihan Raya Umum ke 14, dua tahun lagi.
Justeru itu, pembangkang terutama DAP sedaya upaya mahu menawan seberapa banyak kerusi pada pilihan raya tersebut kerana mereka tahu jika dapat menambah bilangan kerusi, ia sekaligus memberi gambaran parti itu semakin kuat.
Pembangkang tentu akan menggunakan pelbagai isu bagi mengelirukan rakyat terutama berkaitan GST, TPPA dan isu-isu tempatan terutama berkaitan penurunan kuasa Pusat kepada kerajaan negeri Sarawak.
Najib ketika lawatan terbaru ke Sarawak sekali lagi memberi jaminan perkara berkaitan sedang melalui perbincangan positif dan walaupun walaupun mengambil masa, ia adalah untuk kebaikan masa depan Sarawak dan penduduknya.
Sudah tentu perkara yang penting ini tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa dan rakyat mahupun pemimpin kerajaan negeri harus bersabar menunggu ia diselesaikan.
Kerajaan BN sentiasa mengutamakan rakyat dan ia bukan retorik menjelang setiap pilihan raya tetapi sikap bertanggungjawab kerajaan ini terbukti sejak BN mula berkuaa selepas mendapat mandat rakyat.
Apatah lagi, Najib sudah menzahirkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk terus memacu pertumbuhan negeri itu setaraf dengan kemajuan di Semenanjung.
Projek-projek besar berpaksikan rakyat seperti pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, Jambatan Batang Sadong, penambahbaikan infrastruktur terutamanya institusi pengajian yang telah usang dan sebagainya adalah bagi memastikan rakyat Sarawak kekal seiring bersama arus pemodenan negara.
Perdana Menterisedar bahawa Sarawak mempunyai potensi amat besar, dengan kombinasi tepat, dari segi sumber hasil bumi, tenaga kerja, semangat jitu rakyat dan kepimpinan berkaliber beliau yakin negeri itu dapat mencapai potensi tersebut.
Sebab itu jugalah DAP bercita-cita mahu menawan Sarawak kerana melihat potensi-potensi tersebut yang akan member keuntungan kepada mereka.
Perkara ini yang harus disedari rakyat Sarawak kerana dibimbangi jika kemenangan berpihak kepada pembangkang, dikhuatiri ada gerakan untuk membawa Sarawak keluar daripada Semenanjung seperti diuar-uarkan pihak tidak bertanggungjawab sebelum ini.
Rakyat Sarawak harus sedar dan mengenalpasti musuh yang menjadi musang berbulu ayam yang akan cuba menimbulkan kebencian mereka terhadap kerajaan negeri dan pemimpin Pusat.
Mereka ini sudah mula menyusup masuk ke kawasan-kawasan tertentu yang ada potensi untuk parti mereka menang.
Justeru, menjelang pembuburan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dan hari pengundian kelak, pelbagai isu akan dijadikan senjata mereka untuk menikam rakyat.
Semua ini perlu ditepis oleh rakyat Sarawak.-BNBBC
Post a Comment