Menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) tidak lama lagi Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem mengakui mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di ibu negara malam tadi bagi membincangkan persiapan menghadapi PRN11.
“Pertemuan bersama Perdana Menteri berjalan dengan baik…. semuanya berkaitan pilihan raya negeri yang akan kita hadapi tidak lama lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga Antara Sarawak Energy Berhad dan Malaysia Phosphates Additives (Sarawak) Sdn Bhd, di Kuching pada Rabu.
Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak dijangka mengadakan sidang media bagi menjelaskan secara terperinci butiran pertemuan beliau bersama Perdana Menteri.
Difahamkan, pertemuan itu menyentuh tahap persiapan jentera pilihan raya BN Sarawak, selain senarai pencalonan dan kesesuaian tarikh cadangan PRN11, termasuk tarikh penamaan calon yang diumumkan Adenan, Jumaat lalu.
Malah, pertemuan itu juga difahamkan turut menyentuh mengenai proses perundingan fasa kedua penurunan kuasa pentadbiran Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri yang diperjuangkan Adenan.- BNBBC
Post a Comment