Ramai yang terkejut membaca tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad di blognya chedet.cc dibawah tajuk ‘AG to AG’ pada 3 Februari lalu yang didakwa jelas mengandongi unsur fitnah.
Selain meneruskan serangan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beliau juga antara lain memperlekehkan lantikan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali.
Hairan bagaimana seorang bekas Perdana Menteri boleh dakwa seolah Yang Dipertuan Agong ‘ diperdaya’ untuk lantikan itu.
Malah Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa yang pernah duduk dalam kabinet Dr Mahathir anggap seolah bekas Perdana Menteri itu nak mengundang tindakan terhadapnya.
Ekoran laporan polis dibuat terhadap tulisan berkenaan,Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar,Isnin kata polis sudah memulakan siasatan terhadap hal itu.
Katanya siasatan adalah dibawah Kanun cara Jenayah Seksyen 500 berkaitan dakwaan memfitnah.
Menurutnya jika ada ia akan dirujuk kepada Peguam Negara.
Bercakap kepada wartawan di Gerogetown,Khalid kata beliau kurang pasti berapa laporan polis dibuat setakat ini.
Namun katanya ada beberapa laporan polis dibuat sehari dua yang lalu.
Ini adalah kali kedua polis membuat siasatan keatas Dr Mahathir.Sebelum ini semasa Bersih 4 tahun lalu dimana beliau membuat dakwaan fitnah konon Perdana Menteri merasuah Ketua-Ketua UMNO Bahagian.- Agenda Daily
Post a Comment