Menunggu “anak sulung” PAS di Sarawak


KOTA BHARU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan diadakan tidak lama menjadi detik ditunggu bagi melahirkan “anak sulung” PAS di bumi Kenyalang.

Realiti itu tidak dapat dinafikan berdasar peningkatan pengaruh PAS pada PRN 2011 berbanding PRN 2006.

Pengarah Operasi PAS PRN Sarawak Dr Wan Nik Wan Yussof berkata PAS kalah dengan majoriti tipis hanya 391 undi pada PRN 2011 di Dun Beting Maro.

Sedangkan pada PRN 2006 pencapaian calon PAS di Dun terbabit dengan majoriti 895 undi.

“Ini memperlihatkan pengaruh PAS semakin meningkat di Sarawak. PRN kali ini kemungkinan besar hasrat untuk melahirkan anak sulung PAS tidak boleh dinafikan lagi.

“Kalau ada bonus tambahan kemungkinan PAS boleh melahirkan anak kembar di Sarawak. Ini harapan PAS Sarawak,” katanya ketika dihubungi di Kuching hari ini.

Pada PRN 2011 PAS bertanding di empat lagi Dun iaitu Sebuyau, Saadong Jaya, Tanjung Datu dan Muara Tuang. Sedangkan pada PRN 2006 PAS hanya meletak seorang calon.

Dr Wan Nik juga berkata biar pun faktor Ketua Menteri Sarawak baharu, Tan Sri Adnan Satem memberi kelebihan kepada BN, namun banyak isu lain yang tidak diselesaikan sehingga sekarang.

Katanya isu hak tanah adat (NCR) berlarutan begitu lama tidak mampu diselesaikan kerajaan BN biarpun ketua menteri silih berganti.

“Tidak nampak kesungguhan kerajaan BN mahu menyelesaikan isu berkenaan. Biarpun rakyat marah, namun setiap kali menjelang pilihan raya rakyat dipujuk dengan pelbagai janji manis.

“Kali ini situasinya begitu berbeza selepas mereka dibebani dengan GST. Kos kehidupan rakyat meningkat sekarang,” ujarnya yang juga Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat. – HARAKAHDAILY

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget